TakagiSaturday, June 27, 2009
Wednesday, June 24, 2009
Kenali Watak Kogoro
Dia adalah Kogoro Mouri.Penyiasat terkenal.Kogoro yang suka minum arak dan bermabuk dengan gadis telah membuatkan isterinya bercerai dengannya.Dia dikenali dengan 'sleeping Kogoro' kerana semasa dia membuat rumusan dia membuat post tidur.Mengapakah dia berbuat sedemikian?Sedangkan,dia penyiasat yang terkenal.Perlukah bantuan dari pihak yang lain?Sebenarnya,sewaktu dia tidur Conan telah menukar suaranya menjadi suara Kogoro.Jadi,penyiasat yang hebat sebenarnya adalah Shinichi Kudo!Yang telah menjadi Conan.Kenali Watak Gin & Vodka
Mereka adalah Gin dan Vodka.Dalam siri animasi ini,mereka adalah penjahat atau lebih dikenali dengan organisasi gelap.Mereka yang telah memberikan Shinichi Apotoxin 4869 telah menghilangkan diri.Sekarang,Conan sedang mencari tempat persembunyian mereka dan akan melenyapkan mereka.Mereka juga telah mengecilkan badan Haibara dengan cara yang sama.Dapatkah Conan menyelesaikan misi ini?Saturday, June 20, 2009
Kenali Watak Shinichi
Dia adalah Shinichi Kudo.Sebenarnya, dia adalah watak utama dalam siri animasi ini.Badannya menjadi kecil lalu muncullah Conan Edogawa.Dia digilai ramai gadis di sekolahnya kerana dengan mukanya yang tampan malah, lagi bergaya.Tetapi, hatinya tetap pada Ran.Pada mulanya,dia mengekori organisasi gelap itu secara sulit,tetapi tiba-tiba seorang daripada organisasi gelap itu telah ternampak Shinichi,lalu dia memberikan Apotoxin 4869 dan badannya terus menjadi panas dan mengecil.Kemudian, dia tinggal di rumah Ran dan orang ramai mempercayai bahawa Shinichi sudah hilang,padahal dia berada di rumah teman wanitanya,Ran.Kenali Watak Ran
Dia adalah Ran Mouri.Dia adalah anak perempuan Kogoro Mouri penyiasat yang terkenal.Dia menjadi teman wanita Shinichi Kudo semasa di sekolah menengah.Siapakah Shinichi Kudo?Kenali watak selanjutnya di sini.Malangnya, dia tidak dapat berjumpa dengan Shinichi setelah sekian lamanya.Dapatkan dia berjumpa dengan Shinichi?Dengan gayanya yang lemah lembut,tetapi pandai berkarate membuatkan Shinichi suka padanya.
Kenali Watak Conan
Dia adalah Conan Edogawa.Seperti yang kita kenali,dia adalah penyiasat kecil yang hebat.Rumusan yang selalu dibuat olehnya begitu tepat,tetapi dia merahsiakan identitinya sebagai penyiasat dan meggunakan bow yang dipakai olehnya untuk menukar suaranya menjadi suara penyiasat Kogoro Mouri yang terkenal.Dia melakuakan perkara seperti itu untuk membuat rumusan adalah kerana dia tidak mahu ditangkap oleh penjahat yang telah mengecilkan badannya dengan memberi Apotoxin 4869.Itulah sebab utama dia menjadi kecil dan merahsiakan identitinya.Sekarang, Conan dalam pengembaraan untuk mencari organisasi gelap dan menghapuskan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)







