Friday, September 18, 2009

Wednesday, July 8, 2009

Case Closed episode 1



Tontonilah animasi ini dalam bahasa Malaysia di astro ceria 611 pada setiap isnin hingga khamis pada pukul 3:30 ptg.

Sunday, July 5, 2009

Informasi Animasi

Detektif Conan (名探偵コナン, Meitantei Konan?) merupakan manga dan anime detektif karya Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Shonen Sunday Mingguan sejak 1994. Syarikat Tora Aman menerbitkan komik manga Detektif Conan dalam Bahasa Melayu bagi pembaca Malaysia.
Versi anime dihasilkan oleh Tokyo Movie Shinsha dan telah menayangkan lebih 450 episod siri televisyen yang masih bersiaran di kaca televisyen
Jepun dan 13 buah filem telahpun dihasilkan. Di Malaysia, anime ini disiarkan pada hari Selasa, jam 7:30 malam di TV 3 dan juga di Astro Ceria saluran 611 .
Filem kesepuluh iaitu, Private Eyes' Requiem
[1] telah diumumkan penerbitannya pada 15 Disember 2005 dan telah ditayangkan di seluruh tanah air Jepun pada 15 April 2006, yang buat pertama kalinya berada di kedudukan nombor satu di Jepun dan berterusan buat tiga minggu yang seterusnya. Pada 28 Mei 2006, filem ini telah mengaut $25.8 juta. [2]

Orang Yang Mengetahui Identiti Sebenar Conan


Agasa Hiroshi
Kudo Yusaku
Kudo Yukiko
Hattori Heiji
Haibara Ai
Miyano Akemi
Vermouth
Hondou Eisuke
Kaitou KID (hanya dalam filem Detective Conan)
Noah Ark(hanya dalam filem ke-enam)

Saturday, June 27, 2009

Watak Selanjutnya

Takagi
Shiratori
Miwako
Inspector Megure
Conan friend's

Sonoko Haibara
Professor Agasa








Wednesday, June 24, 2009

Kenali Watak Kogoro

Dia adalah Kogoro Mouri.Penyiasat terkenal.Kogoro yang suka minum arak dan bermabuk dengan gadis telah membuatkan isterinya bercerai dengannya.Dia dikenali dengan 'sleeping Kogoro' kerana semasa dia membuat rumusan dia membuat post tidur.Mengapakah dia berbuat sedemikian?Sedangkan,dia penyiasat yang terkenal.Perlukah bantuan dari pihak yang lain?Sebenarnya,sewaktu dia tidur Conan telah menukar suaranya menjadi suara Kogoro.Jadi,penyiasat yang hebat sebenarnya adalah Shinichi Kudo!Yang telah menjadi Conan.


Kenali Watak Gin & Vodka

Mereka adalah Gin dan Vodka.Dalam siri animasi ini,mereka adalah penjahat atau lebih dikenali dengan organisasi gelap.Mereka yang telah memberikan Shinichi Apotoxin 4869 telah menghilangkan diri.Sekarang,Conan sedang mencari tempat persembunyian mereka dan akan melenyapkan mereka.Mereka juga telah mengecilkan badan Haibara dengan cara yang sama.Dapatkah Conan menyelesaikan misi ini?

Saturday, June 20, 2009

Kenali Watak Shinichi

Dia adalah Shinichi Kudo.Sebenarnya, dia adalah watak utama dalam siri animasi ini.Badannya menjadi kecil lalu muncullah Conan Edogawa.Dia digilai ramai gadis di sekolahnya kerana dengan mukanya yang tampan malah, lagi bergaya.Tetapi, hatinya tetap pada Ran.Pada mulanya,dia mengekori organisasi gelap itu secara sulit,tetapi tiba-tiba seorang daripada organisasi gelap itu telah ternampak Shinichi,lalu dia memberikan Apotoxin 4869 dan badannya terus menjadi panas dan mengecil.Kemudian, dia tinggal di rumah Ran dan orang ramai mempercayai bahawa Shinichi sudah hilang,padahal dia berada di rumah teman wanitanya,Ran.

Kenali Watak Ran

Dia adalah Ran Mouri.Dia adalah anak perempuan Kogoro Mouri penyiasat yang terkenal.Dia menjadi teman wanita Shinichi Kudo semasa di sekolah menengah.Siapakah Shinichi Kudo?Kenali watak selanjutnya di sini.Malangnya, dia tidak dapat berjumpa dengan Shinichi setelah sekian lamanya.Dapatkan dia berjumpa dengan Shinichi?Dengan gayanya yang lemah lembut,tetapi pandai berkarate membuatkan Shinichi suka padanya.

Kenali Watak Conan

Dia adalah Conan Edogawa.Seperti yang kita kenali,dia adalah penyiasat kecil yang hebat.Rumusan yang selalu dibuat olehnya begitu tepat,tetapi dia merahsiakan identitinya sebagai penyiasat dan meggunakan bow yang dipakai olehnya untuk menukar suaranya menjadi suara penyiasat Kogoro Mouri yang terkenal.Dia melakuakan perkara seperti itu untuk membuat rumusan adalah kerana dia tidak mahu ditangkap oleh penjahat yang telah mengecilkan badannya dengan memberi Apotoxin 4869.Itulah sebab utama dia menjadi kecil dan merahsiakan identitinya.Sekarang, Conan dalam pengembaraan untuk mencari organisasi gelap dan menghapuskan mereka.